Malaysiakini - Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat.
Kes tersebut sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah menerima permohonan pihak peguam pembela, walaupun pihak pendakwa membantahnya dengan alasan peguam lain boleh mengendalikan kes tersebut.
Rabu ini, mahkamah akan mendengar sebutan untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya.
Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Hanya selepas kedua-dua permohonan itu selesai didengar, maka mahkamah akan meneruskan dengan perbicaraan kes liwat tersebut.
Menurut Hakim Mohamad Zabidin, sehinggalah kedua-dua permohonan itu selesai, mahkamah tidak boleh memulakan perbicaraan kes tersebut.
Sulaiman tidak sihat sejak Jumaat lalu ketika beliau memohon penangguhan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan.
Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful BUkhari Azlan, 23.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.
Anwar yang juga ketua pembangkang mendakwa - sepertimana dalam kes liwat terhadapnya pada 1999 - ini adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Pihak berkuasa bagaimanapun menafikannya.
Pautan Pilihan
Rakan Blog
Menyertai SKUAD
gmail.com
“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Ceramah Perdana Kembalikan Negara Hukum Dan Hak Rakyat
Posted by Skuad Dun Batu CavesAturcara:
Tarikh: 8hb Julai 2009 (Rabu)
Jam: 8.30 Malam
Tempat: Dewan Dato’ Ahmad Razali, Jalan Ampang
Penceramah:
1) Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Azmin Ali
3) Dato’ Zaid Ibrahim
4) YB Sivarasa Rasiah
5) YB Zuraidah Kamaruddin
Penubuhan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM)
Posted by Skuad Dun Batu CavesKonspirasi Jahat Terhadap Anwar Ibrahim (KEJAM)
Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.
Setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara – ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini – sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.
Justeru hari ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).
KEJAM tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.
Pembuktian demi pembuktian telahpun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telahpun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan.
KEJAM akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.
AMK yakin dan percaya bahawa usaha kotor ini akan menemui kegagalan di tangan rakyat, malah impaknya akan lebih memberi kesan kepada Umno-BN, selagi mana mereka terus dijangkiti sindrom penafian bahawa rakyat semakin muak dan jelak ke atas konspirasi jahat ini.
Rakyat semakin celik dengan kebenaran, dan rakyat akan terus jelek untuk menelan ‘operasi pembodohan’ yang dijalankan Umno-BN secara berterusan.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Himpunan Perdana Pakatan Rakyat - 30 Jun (Hari Ini)
Posted by Skuad Dun Batu CavesPakatan Rakyat akan mengadakan Himpunan Perdana di Stadium MPPJ Kelana Jaya malam Ini. Berikut adalah butiran acara tersebut:
Tempat: Stadium MPPJ Kelana Jaya
Tarikh: Hari Selasa, 30hb Jun 2009
Masa: 8.30 malam
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.
Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.
"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.
Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.
Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.
MANEK URAI:UMNO TIDAK SENANG HIDUP SELAGI ADANYA DS ANWAR
Posted by Skuad Dun Batu Caves
Oleh: WFAUZDIN NSKETOKOHAN DS Anwar memang tidak dapat dinafikan samasekali. Semenjak beliau belum menceburi dunia politik lagi ketokohannya terserlah terutamanya ketika menjadi Presiden ABIM.
Sewaktu di dalam ABIM, pertubuhan tersebut amat dihormati dan disegani oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika itu, tambahan pula timbalan DS Anwar ketika itu adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor.
Nama ABIM di waktu itu amat terkenal sehingga melangkau sempadan tanahair sehinggakan mengatasi populariti nama parti lain termasuk Pas sendiri.
Ketokohannya begitu menarik minat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi PM. DS Anwar telah dibawa masuk ke dalam Umno walaupun pada awalnya amat keberatan untuk beliau menerima tawaran parti Melayu tersebut.
Seperti yang pernah beliau ceritakan, DS Anwar terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM tentang hasrat beliau memasuki Umno. Ada takan-rakan yang bersetuju dan tidak kurang juga yang bimbang DS Anwar akan karam dengan rentak politik Umno.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah salah seorang yang terlalu kuat melarang DS Anwar memasuki Umno kerana beliau bimbang cita-cita baik DS Anwar untuk mengislamisasikan Umno tidak akan tercapai bahkan DS Anwar akan dikhianati suatu masa nanti.
Walau bagaimanapun, DS Anwar tetap dengan cita-citanya untuk merubah Umno dari dalam dan Almarhum Ustaz Fadzil hanya mampu berdoa agar usaha DS Anwar akan berjaya. Maka, berpisahlah dua sahabat baik ini bahkan dianggap keluarga buat DS Anwar kerana hubungan keluarga mereka terlalu rapat. DS Anwar berjuang di dalam Umno, manakala Almarhum Ustaz Fadzil berjuang di dalam Pas.
Apabila DS Anwar terlalu cepat menunjukkan ketokohan dan kebolehannya, maka Dr Mahathir melonjakkan beliau ke jawatan yang lebih tinggi dengan cepat. Kepantasan DS Anwar menaiki satu emi satu tangga ke atas di dalam Umno dan kerajaan ketika itu amat dicemburui oleh tokoh-tokoh Umno yang lain.
Era kecemerlangan DS Anwar yang paling jelas dapat dilihat adalah apabila beliau menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Proses Islamisasi mula berlaku di dalam Umno di mana terdirinya Universiti Islam dan perbankkan Islam.
Islamisasi terus diterap di dalam sistem pendidikan sekolah-sekolah di mana semua pelajar lelaki dan perempuan Islam dibenarkan berpakaian menutup aurat. Di sekolah-sekolah malahan di jabatan-jabatan kerajaan diadakan program tazkirah berjadual dan Qiamullail di peringkat sekolah.
Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau di antara yang paling ditakuti oleh menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang kuat memakan rasuah kerana DS Anwar terlalu anti kepada amalan jahat ini.
Sewaktu beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika Dr Mahathir tiada di dalam negara, kesempatan itu diambil oleh DS Anwar untuk membentangkan akta berkaitan rasuah yang mana sesiapa di kalangan menteri atau penjawat awam yang telah terbukti melakukan rasuah, tindakan boleh dikenakan walaupun menteri atau penjawat awam tersebut telah bersara.
Beliau juga tidak pernah bersetuju atau bersubahat di dalam apa jua salah laku berkaitan rasuah dan penyelewengan walaupun melibatkan arahan dari pihak atasannya sendiri. Oleh kerana DS Anwar terlalu tegas di dalam perkara ini, beliau mula dicurigai oleh beberapa pihak termasuk oleh Dr Mahathir sendiri dan beberapa kroni rapat PM ketika itu.
Berkaitan dengan Islam, beliau juga dicurigai kerana tegasnya beliau menentang pemecatan Mufti Selangor ketika itu Almarhum Dato' Ishak Baharom yang melarang wanita Islam menjadi ratu cantik.
Dr Mahathir tiada pilihan lain lagi kerana beliau bimbang pengaruh DS Anwar ketika itu terlalu kuat di dalam Umno terutamanya di kalangan golongan muda dan ugama. Terbukti Tun Ghafar Baba mengangkat tangan menyerah awal sebelum pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana Tun Ghafar melihat begitu hebatnya pengaruh Ds Anwar.
Ini lah yang amat merungsingkan Dr Mahathir kerana jika Tun Ghafar seorang tokoh yang amat terkenal dan senior boleh menyerah begitu sahaja kepada DS Anwar, tidak mustahil DS Anwar mampu berbuat demikian ke atasnya. Maka, perancangan mulai diatur di dalam berbagai bentuk dan cara untuk menyingkirkan DS Anwar dari Umno.
Maka, bermulalah babak paling zalim dilakukan terhadap DS Anwar dengan satu konspirasi politik yang terancang. Ds Anwar difitnah dan dituduh melakukan perbuatan yang keji dan tidak masuk dek akal samasekali. Ketika dan saat itu, sejarah bermula dengan berpecahnya ramai orang-orang Melayu terutamanya di dalam Umno.
Era reformasi pun bermula dengan begitu hebat seolah-olah akan tumbangnya kerajaan di bawah Dr Mahathir ketika itu. Segala kuasa dan jentera dipergunakan oleh Umno dan kerajaan untuk melawan arus kebangkitan rakyat pada waktu itu. Rakan baik beliau, Almarhum Ustaz Fadzil adalah orang pertama yang mengunjungi DS Anwar ketika DS Anwar dizalimi.
Sejak itu, kebangkitan Pas mula dapat dilihat di bawah kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil yang menyatakan Pas tetap akan membela sesiapa pun yang dizalimi hatta pemimpin Umno sekalipun. Kebijaksanaan Almarhum telah menjadikan kekuatan bersama dengan golongan reformasi yang kemudiannya menubuhkan Adil seterusnya parti KeADILan.
Di sini timbulnya pertanyaan, adakah benar dikatakan DS Anwar adalah tokoh politik yang memulakan perpecahan Melayu sehingga sekarang? Melayu tidak berpecah dari segi hubungan fizikalnya, tetapi Melayu berpecah dari segi pemikiran dan ideologi sahaja. Sebahagian Melayu inginkan keadilan dan sebahagian lagi menyokong kezaliman.
Di sinilah bermulanya perpecahan di mana Dr Mahathir adalah tokoh yang paling layak dan sesuai digelat sebagai Bapa Perpecahan Melayu. Melayu berpecah tatkala Umno diharamkan dan lahirnya Parti Melayu Semangat 46.
Melayu berpecah ketika DS Anwar dilakukan secara zalim yang kebanyakan orang-orang Melayu sendiri tidak dapat menerima perbuatan jahat ke atas DS Anwar. Ini semua berlaku di era Dr Mahathir dan kini masih diwarisi oleh orang-orang seumpamanya.
Tidak hairan bagi kita, di mana-mana sahaja Umno akan tetap memburukkan DS Anwar kerana bagi Umno, selagi adanya DS Anwar sudah pasti Umno semakin pendek nyawanya. Oleh yang demikian, amat bijak Pas menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno kerana Umno tidak akan berubah selagi adanya matahari dan bulan. /wfauzdin.blogspot.com
PAKATAN RAKYAT JANGAN TERLALU YAKIN : TPM – berita hairan
PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat diingatkan jangan terlalu yakin untuk menubuhkan kerajaan dan memandang rendah sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Muyiddin Yassin..
KAH KAH KAH…
kah kah kah… KALAU DI PINANG… PINANG TAK DAPAT…kah kah kah…
kah kah kah….NAK PUJUK… PUJUK PUJUK TAK DAPAT….kah kah kah…
kah kah kah… BUKAK SELUAR… TUNJUK SENJATA…kah kah kah…
KAH KAH KAH.
UNISEL Setanding IPTA, IPTS Tempatan dan Antarabangsa
Posted by Skuad Dun Batu CavesKUALA SELANGOR, 23 Jun - Kesungguhan Universiti Industri Selangor (Unisel) untuk menempatkan diri setanding universiti-universiti lain di negara ini mendapat pujian daripada Dato’ Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abd Khalid Ibrahim hari ini.
Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun Unisel sudah berjaya melakar pelbagai kecemerlangan selain berjaya meletakkan diri sebaris dengan Institut Pengajian Tinggi yang lain sama ada awam mahupun swasta.
“Saya berasa teruja dan bangga dengan sikap yang dipamerkan oleh UNISEL sebuah universiti milik penuh kerajaan negeri.
Dan dari pihak kerajaan negeri, kita akan sentiasa memberi sokongan kepada UNISEL untuk terus memangkin kecemerlangan”, kata Abdul Khalid sempena Majlis Pelancaran Sambutan 10 Tahun Unisel, dekat sini pagi tadi.
UNISEL yang ditubuhkan pada 1999, merupakan satu-satunya universiti di negara ini yang dimiliki oleh kerajaan negeri.
Bermula dengan sekumpulan kecil pelajar kini Unisel mampu menampung 14,000 pelajar dalam tempoh 10 tahun penubuhannya. - MURIZA ABDUL HAMID
Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang bongkar penyelewengan dapat anugerah
GEORGETOWN: Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang, kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu membabitkan RM500,000.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata penyelewengan itu, yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lalu.
"Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan ahli perkhidmatan awam Pulau Pinang di sini, hari ini.
Anugerah itu berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000.
Lim berkata, laporan sudah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kakitangan berkenaan dilarang oleh Yusof daripada menjalankan tugas kewangan jabatan.
"Bagaimanapun, kakitangan terbabit sudah menghilangkan diri," katanya.
Lim memuji Yusof kerana berani mendedahkan penyelewengan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab selain berlaku telus terhadap perkara yang tidak betul.
Yusof, 52, berkata pendedahan penyelewengan itu bukanlah kerana mengharapkan anugerah tetapi menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan untuk memerangi penyelewengan dan rasuah.
"Saya bersyukur kerana diberi anugerah ini. Ini bukanlah kerana wang tetapi sebagai sikap tanggungjawab seorang ketua jabatan yang diharapkan menjadi contoh kepada kakitangan lain," katanya. - Bernama
Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bulan depan.
Beliau boleh diterima oleh majoriti pengundi dan penyokong Umno daripada kem yang bertentangan antara kumpulan ketua bahagian kini Datuk Ramzi Abdul Rahman dan tokoh yang digantikannya Datuk Wan Zaid Abdullah.
Malaysiakini diberitahu semalam, Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian.
Dua lagi nama: naib ketua Umno bahagian Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.
Menurut sumber-sumber Umno, nama mereka dipilih sendiri oleh jawatankuasa Umno bahagian tersebut baru-baru ini.
Kata sumber, jika calon Manek Urai tidak sesuai dengan kehendak penyokong Umno, ramai daripada mereka mungkin tidak akan berkempen.
"Perlu diambil kira mengenai 28 daripada 42 cawangan yang tidak menyokong Datuk Ramzi," kata sumber lagi.
Beri mandat
Oleh itu, tambah sumber, Umno bahagian telah memberi mandat kepada jawatankuasa bahagian memilih tiga nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Manek Urai.
"Saya rasa nama-nama yang sesuai itu telah dihantar ke peringkat atasan untuk diteliti dan diputuskan," katanya.
Ketika dihubungi, Tuan Aziz berkata beliau "tidak tahu" siapa yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai.
Katanya, jika boleh, beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di situ.
Pilihanraya kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Mei lalu.
Hari penamaan calon ditetapkan 6 Julai dan mengundi 14 Julai.
Sementara itu, Azizuddin pula berkata beliau sedia memikul tanggungjawab tersebut jika dipilih sebagai calon BN.
"Bagaimanapun, saya tidak mahu melobi jawatan tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
helloooo!!!! tuan aziz ni dah banyak kes yang tak selesai tau...tahi yang lama pun tak basuh lagi... dalam dewan pun cakap melalut! kahkahkahkah... bagus umno... ambik la aziz ladi calon... senang keja pas!
ibrahim katak talian hayat mustapa mamat! umno kelantan dalam parah!
Posted by Skuad Dun Batu CavesPresiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali
Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md. Harun .
Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustapha Ishak .
Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor. Dr. Ahmad Atory Hussain
Perkasa bukan ke memperjuangkan Melayu dan Islam, bagitu juga Pewaris, Apa kata Irahim Ali perjuangkan PPSMI, itu kan pasal bahasa Melayu yang ditolak guna oleh UMNO.
Menteri menteri, senator2 UMNO dah malu nk jawab, bagi pula la kat kuncu2 kaki kaki wal-ampu sana wal - ampu sini pulak menjawab.
Berebut tonjol diri, terutamanya atuk alkataki ong-ong.
Dah muktamat, cadangan telah ditolak, tak payah sebut lagi. Pemimpin Melayu dan juga Islam (bukan islam hadhari) didalam PAS lebih tau ape yang meraka lakukan,
jadinya kepada
Ibrahim Ali (Perkasa/pekasam)
Rahimuddin Md Harun (pewaris)
kemudikanlah persatuan kamu untuk terus bebakti kepada UMNO yang nazak tu ye.
Kepada prof Dr mohamad juga prof dr Ahmad, tolong baca sejarah politik antara Pas yg di inaya umno pada tahun 1961 juga pada tahun 1974 ye,,lepas tu,,baru cakap tentang kerajaan perpaduan
Yang cacat akal sahaja yang tidak dapat berfikir dan menilai dengan betul. korang tau siapa "mereka" tu kan..?
Salam dari Manek Urai.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB Pada 24 jun 2009 (Hari Rabu).
Posted by Skuad Dun Batu CavesKebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara
1.. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati
InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.
KHAIRY: JANGAN JADUKAN PELAJAR BAHAN UJIAN PPSMI - mkini
Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara.
"Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.
KAH KAH KAH….
kah kah kah…. DAH TUJUH TAHUN….kah kah kah…
kah kah kah… KALAU KERBAU… DAH BUNTING EMPAT KALI…. kah kah kah…
kah kah kah… KALAU BEROK… DAH BERANAK TIGA EKOR…kah kah kah..
kah kah kah…KALAU NYIOR… DAH NAK SAKA… kah kah kah…
woit…. BARU SEKARANG SEDAR… 2003 DULU … DI MANA ?...kah kah kah..
kah kah kah… MASA MADEY BUAT DASAR DULU… TAK SEDAR KE ?.... kah kah kah…
kah kah kah… BAGUSLAH … NANTI DI MANIK URAI UMUM PPSMI DI HAPUS… kah kah kah…
kah kah kah... UNTUNG UNTUNG DAPAT UNDI...kah kah kah..
KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang
—————————————————————————–
Press Release Pakatan Rakyat Council of Leaders
22nd June 2009- Pakatan Rakyat Stand on Unity Government
The Pakatan Rakyat Council of Leaders today Monday, 22 June 2009 held a meeting at the office of the Opposition Leader and agreed on the following:
1. All the component parties of Pakatan Rakyat reiterate their commitment to each other and to strengthen the coalition in order to help form the future Federal Government.
2. The Pakatan Rakyat Council of Leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a Unity Government with UMNO / Barisan Nasional which is clearly a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular Pakatan Rakyat
3. Pakatan Rakyat agrees to adopt an open approach and is willing to hold discussions with the leaders of Barisan Nasional on issues of national interest such as economic recovery, improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary, abrogation of the Internal Security Act (ISA), the RM 12.5 billion PKFZ scandal, abuse of power by the police leadership during times of increasing crime, eradication of corruption, establishment of good governance and to hold immediately a free and fair election to resolve the Perak crisis.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang
Sidang media Anwar di Kediaman Rasmi MB Kelantan.
Posted by Skuad Dun Batu CavesRakaman Temuramah Tuan Guru Mursyidul Am PAS Dengan Wartawan
Posted by Skuad Dun Batu CavesLAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO
KOTA BHARU –Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus “perjuangkan” Kerajaan Perpaduan (UG).
Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nashanruddin terus berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah “merosakkan” perpaduan Pas sebelum ini.
Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa UG adalah boneka UMNO.
“Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka Umno, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk Umno dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah…ini menyusahkan orang…biar dia masuk Umno seorang.
“Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk Umno senang, lebih baik..daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa…tiada moral kita panggil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.
Sambil menyifatkan idea UG bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.
“Kerajaan Perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat’”
“Jadi PR tidak tahu…Pas tidak tahu. Runding kerjasamapun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka Umno,”katanya.
Nik Aziz berkata, jika diwujudkan UG bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.
katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap “Kalau wujud kerajaan perpaduan DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru.

Akhirnya terungkai juga satu episod setelah hampir dua tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan BN – Paloh hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Haji Husam Musa.
Bertempat di lobby ADUN di Dewan Negeri Kelantan pada November 22, 2007, YB Nozula Mat Diah telah memanggil satu sidang media dan membacakan tuduhan-tuduhan rasuah terhadap Haji Husam sambil menunjuk beberapa bungkusan bahan bukti yang kebanyakkannya adalah print-out daripada blog Mohd Sayuti Omar.
Setelah sidang media tersebut, YB Nozula dan lebih sedozen ADUN BN Kelantan telah berarak bersama kontijen media ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) Kelantan lalu membuat satu laporan rasuah ke atas Haji Husam dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Haji Husam mendiamkan diri. Tuan Guru Nik Aziz pula memberi arahan supaya semua akses kepada dokumen Kerajaan Negeri di beri 24 jam sehari kepada BPR. Ahli-ahli politik dan pemimpin PAS semuanya bersetuju memberi kerjasama penuh. Syarikat-syarikat yang mendapat tender, kontrak dan permit balak juga diharapkan dapat berbuat perkara yang sama.
Pejabat mereka yang baik dan rapat dengan Haji Husam diselongkar. Dokumen-dokumen berkaitan dengan Haji Husam dalam apa bentuk sekalipun diimbas dengan amat berhati-hati. Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Air Kelantan juga tidak terkecuali.
Akhirnya, BPR menemui dari rekod Air Kelantan bahawa Haji Husam telah didapati belum melunaskan tunggakan bil air sejumlah lebih kurang RM200.00. Kakitangan terbabit ditekan dan disoal siasat bagi mewujudkan kes salah guna kuasa terhadap Haji Husam. Setelah tuduhan yang besar-besar didapati fitnah semata-mata, maka usaha diambil untuk mendakwa Haji Husam kerana terlewat melunaskan tunggakan bil air sebanyak lebih kurang RM200.00.
Husam dalam satu temubual media, menceritakan bagaimana dia menitiskan airmata bila melihat keadaan rumahnya dengan dokumen-dokumennya berselerak diselongkar semata-mata kerana terlewat membayar tunggakan bil air.
Akhirnya, BPR menutup kes setelah mendapati tiada satupun pertuduhan tersebut berasas. Husam menjelaskan tunggakan bil air tersebut dan para sahabat yakin, beliau kini insaf dan bertaubat untuk tidak melupakan tanggungjawabnya membayar bil utiliti.
Namun kegagalan BPR untuk menemui sebarang bukti yang setidak-tidaknya dapat memulakan pertuduhan ke atas Husam tidak meredakan keadaan. Bahkan media-massa langsung tidak mahu membantu menghebahkan secara adil bahawa Husam telah dibersihkan oleh BPR. Maka dengan itu, Husam memulakan tindakan menyaman YB Nozula Mat Diah dan beberapa akhbar.
Semalam, pihak YB Nozula telah tiada upaya melainkan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh peguam yang mewakili Haji Husam bagi mengelakkan kes itu dibicarakan. Mengelakkan kes itu dibicarakan tentu sekali melegakan banyak pihak terutama blogger yang segala tulisannya menjadi punca Nozula terperangkap.

Namun begitu, difahamkan Nozula juga adalah mangsa. Nozula ditekan oleh Annuar Musa yang ketika itu Ketua Pembangkang untuk menjadi hero setelah Nozula digantung dari menyertai Persidangan Dewan Negeri sehari sebelum itu kerana menendang ADUN PAS. Annuar Musa pula telah bertemu dengan seorang blogger sehari dua sebelum itu untuk mendapatkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Husam.
Setidak-tidaknya, itulah yang dimaklumkan kepada pihak Haji Husam.

Sementara itu, Hari ini Blogger Mohd Sayuti Omar telah respons terhadap jolokan pendedahan smsnya kepada Husam dengan mendedahkan beberapa sms Husam terhadapnya.
Sms-sms Husam kepada Sayuti itu adalah seperti berikut,
- “Penulis bisa kadang kala ingat tuhan tidak ada. Boleh tulis ikut sedap. Kerana dunia sanggup godam duit rakyat. Insyallah mana yang mahal dan rugikan rakyat kita tolak w pun tak disenangi. Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan. Ya Allah bantulah hamba Mu mengatasi orang yang zalim walau siapa dia.”
- Bismilah. Insyallah ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina. Ambo hanya mampu berdoa atas segala aniaya demo. Allah tetap akan penuhi janji bila tiba masanya.”
- “Teruskan kemuliaan demo. Tuhan tak dok saja.”
- “Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu, manusia tak tahu. Demo mulia. Ambo tak tahu hal demo. Ada menteri mana demo boleh peraugut, buatlah. Tuhan beri tangan boleh tulis lagi, loh la,”
Jelas kepada para pembaca kini, menerusi sms Husam yang didedahkan oleh Sayuti bahawa Husam menghantar sms itu kerana Husam telah diugut oleh Sayuti, lihat keratan sms Husam,
- Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan.
- ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina.
- Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu,
Kepada pembaca budiman saya bertanya, mengapa hendak Husam menghantar sms sedemikian jika dia tidak diugut?
KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.
Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.
Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).
Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.
Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).
Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).
Di bawah adalah keputusan rasmi sehingga jam 7.18 malam.
Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).
Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).
Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).
Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).
Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).
Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).
Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).
Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).
Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).
Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).
Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).
Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).
Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).
Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).
Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).
Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.
Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.
Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.
Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.
kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.
BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.
BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
- malaysiakini
Aliran Desak Siasat Hakim Mahkamah Rayuan/Persekutuan Berhubung Kes Kuasa Speaker Perak
Posted by Skuad Dun Batu Caves![]() |
Sebuah badan bukan kerajaan, Aliran Kesedaran Negara (Aliran) mendesak agar Kod Etika Hakim 1994 digunapakai bagi menyiasat hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang secara terang-terangan membuat penghakiman bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Negara dan semangat keadilan berhubung kes kemutlakan bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah. |
Kegagalan Mahkamah Rayuan Kemuka Ulasan Bertulis Bukti Konspirasi Badan Kehakiman
Posted by Skuad Dun Batu Caves![]() |
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kegagalan tiga hakim Mahkamah Rayuan sehingga kini untuk mengemukakan ulasan bertulis berhubung keputusan yang dicapai mereka 22 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai penyandang jawatan yang sah membuktikan konspirasi dalam badan kehakiman menafikan hak beliau. |
![]() |
Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan dakwaan penyelewengan dalam laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). |
EKONOMI DIJANGKA PULIH – PM - melayau
Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Najib Razak.
kah kah kah…. UJUNG TAHUN INI ?....kah kah kah..
kah kah kah…. LAGI ENAM BULAN ?.... kah kah kah..
woit…. HEBAT… GEMPAQ… MAGIK…. Kah kah kah…
woit… DULU CAKAP... OUR ECOMONY HAS NO PROBLEM… kah kah kah..
woit…DULU CAKAP... OUR FUNDUMENTAL IS STRONG…. kah kah kah…
kah kah kah… INI CAKAP....ENAM BULAN AKAN PULIH…. kah kah kah..
kah kah kah...HEBAT MUNKEEE NI... SATU MALAYSIA TERGELAK BESAR...kah kah kah..
PKFZ: PKA ADU KEPADA SPRM HARI INI - mkini
Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Pengerusinya, Datuk Lee Wah Beng berkata, beliau sendiri akan membuat laporan kepada SPRM jam 8 pagi ini.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…
kah kah kah… BETUL KE NI… ATAU SANDIAWARA?... kah kah kah..
kah kah kah… INGAT APA JADI DENGAN ERIC CHIA…. kah kah kah..
kah kah kah… SATU HABUK TAAAARAK…. kah kah kah
AUDIT : KOS BOLEH CECAH 12 BILION - mkini
Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.
Menurut laporan tersebut - yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini - jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.
Kesimpulan utama laporan audit tersebut menyatakan bahawa kos projek yang tinggi, kelemahan urustadbir dan kelemahan pengurusan projek, telah menjejaskan kejayaan PKFZ.
Oleh itu, laporan itu menegaskan adalah amat penting bagi PKA mengambil tindakan segera bagi menstrukturkan semula pinjaman mudah dari Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion untuk mengelak kegagalan pembayarannya pada 2012.
woit…. RAMAI NYA DUIT …. kah kah kah..
kah kah kah… MACAM MANA NAK KIRA…. TERLAMPAU RAMAI…kah kah kah..
kah kah kah…. BERAPA JUTAWAN SEGERA MUNCUL DARI SINI?... kah kah kah…
woit… SATU LAGI PROJEK KELENTONG…. kah kah kah…
kah kah kah… INI LAH MONDUS OPERANDI….. BELI TANAH YARAKT MURAH….. KEMUDIAN MINTA KERAJAAN BELI DENGAN HARGA YANG MAHAL… kah kah kah..
woit ..MACAM MANA BOLEH BERLAKU ?... kah kah kah…
kah kah kah… SENANG SAJE… YANG MENCADANG SUPAYA KERAJAAN BELI TANAH….. ADA ORANG YANG MEMILIKI TANAH…. ORANG INI JUGA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN BELI TANAH…kah kah kah..
woit… SUSAH NAK FAHAM KE ?... ini MACAM KES RAFIDAH… MENANTU DIA MINTA AP…. DIA JUGA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN…kah kah kah..
woit… INI BUKAN RASUAH… INI NAMA NYA PERNIAGAAN A LA BUMIPUTERA…. kah kah kah
Teman kenal Laila di alam maya..... Ceriter dua beranak ni, teman ikuti di blog nyer. Kadang-kadang, teman tinggalkan mesej tetapi banyak kali nyer teman ziarah dia dalam senyap.... Bukan apa, kadang-kadang tak tahu nak cakap apa..... tapi setiap kali ziarah dia, hati teman sayu..... amat sayu dan sedih......
Pagi ini.... teman meleleh ayor mata tengok gambar Mat Sah, suami Laila yang telah kehilangan ibu buat selama-lama nyer..... Bayangkan, tujuh tahun dua beranak ni terpisah kerana kata zalim bernama ISA. Mengkalor teman ler.... dua tiga hari tak dengor suara anak dan jika lama sikit tak jumpa anak, teman udah ngelisah......... Ini kan pulak tujuh tahun..... ibu tua ini, dipisahkan daripada anak nyer??? Tak zalim ke nama nyer tu.....??? Mungkin pergi nyer ibu Mat Sah kepada Allah, dalam keadaan hati yang hancur lebur. Dan..... bayangkan pulak hati Mat Sah, melihat jasad ibu tua nyer yang terbujur kaku..... dan yang tak kan dapat dia tatap buat selama-lama nyer.!!! Aduh.... pedih nyer hatiku....
Zalim..... zalim sungguh ISA. Ibu dipisahkan daripada anak nyer.... dan kini.... si anak tadi yang juga seorang dan seorang suami akan terus dipisahkan daripada anak dan isteri nyer.... Tapi..... sampai bila???? Tidak cukup ke sudah tujuh tahun dia dizalimi sebegitu rupa???? Mana pergi nyer kemanusiaan pihak berkuasa UBN....????
Cer komer tengok.... gambar-gambar ni, teman cilok daripada blog Laila. Bukan apa, teman nak berkongsi kesedihan dengan kengkawan teman pulak.... bagi yang belum lagi ke blog Laila ler!!!
Kepada Mat Sah, Laila, Suhaib serta seluruh anggota keluarga Mat Sah.... teman nak ucapkan takziah. Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh nenek dan tempatkan nyer bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatehah....
Komer pasti berayor mata bila tengok gambar-gambar di bawah ini....



Pengerusi SPR mintak lepas nie jangan ada lagi YB mati.Cakap seseorang dapat menggambarkan ketaqwaan dan berimanya seseorang kepada Allah dan Islam. Malayasiakini May 28, 09 1:43pm memaparkan tajuk EC chief: No more deaths please (rujuk: malaysiakini) sambil membuat saranan agar pihak parti yang bertanding dalam pilihanraya mesti memastikan calon-calon mereka yang benar-benar sihat walafiat.
Supaya tidak berlaku lagi kematian bagi mengelakan terlalu kerap PRK berulang.
SuabhanaAllah – semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada gulungan ini untuk segera kembali ke jalan yang lurus dan benar. Sejak kebelakangan ini begitu ramai umat Islam Melayu telah berani mempertikaikan qada’ dan qadar serta hukum-hukum Allah.
Terbaharu ialah Abdul Aziz Yusof Pengerusi SPR membuat kenyataan tersebut, tidakkah beliau sedar bahawa ajal maut ditangan Allah , sihat atau tidak tidak boleh menjadi kayu pengukur untuk kematian. Bertaubatlah.
Sebagai peringatan mari kita lihah beberpa tokoh dan ahli politik yang sering mempertikaikan kewibaan Islam sedang mereka mengaku Islam.
Di Bukit Gantang seorang pemimpin tertinggi UMNO mengeluarkan kata-kata “... saya tidak tahu apa akan berlaku terhadap keamanan negara jika PAS memerintah dan melaksanakan perundangan Islam...”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak hukum undang-undang Islam sebagai tidak sejagat dan terkini.
Bekas Menteri wanita yang juga bergiat dengan Sister in Islam mempertikaikan kenapa hanya lelaki sahaja boleh kahwin lebih dari satu dan beliau juga pernah mencadangkan satu kempen satu suami satu isteri.
Seorang Menteri Wanita bertraf ustazah mengharuskan pelacuran kerana desakan hidup, lupakan beliau kita membunyai baitulmal yang terkaya untuk mengatasi masalah ini. Beliau juga mempertakaikan hukum hudud dalam kes mencuri.
Sekarang ini terdapat pula ramai ulama dan mufti bisu yang dah tidak berani mengegurkan kemungkaran walaupun seketika dulu dialah juara mempertahankan Agama dan aqidah orang-orang Islam.
Mantan Menteri Agama tidak segan silu dalam majlis di PRK Bukit Gantang bersama menonton terian lucah gadis-gadis separuh bogel.
Saya akan dedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam – bekas Ketua Siasatan Jenayah KL
Posted by Skuad Dun Batu Caves
Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini - Bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur
Mat Zain Dakwa Konspirasi Terhadap Beliau, Akan Dedah Kebenaran Berhubung Kes Mata Lebam Anwar
Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.
Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.
“Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.
Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.
“Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.
“Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.
“Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul,” kata Mat Zain.
Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.
Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.
“Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,” kata Mat Zain lagi.
Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.
Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.
Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.
Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.
……………………………………………………………………………………………………………………………….
Bangunan Jaya Supermarket runtuh, dua maut
PETALING JAYA: Bangunan yang pernah menempatkan pasar raya Jaya Supermarket di Seksyen 14/20 di sini runtuh petang semalam mengorbankan dua daripada sembilan pekerja yang terperangkap ketika mereka melakukan kerja-kerja merobohkan bangunan itu.
Sehingga 11.30 malam tadi, empat mangsa yang terperangkap telah dikeluarkan dari tapak runtuhan di mana dua meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad berkata pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan usaha untuk mengesan lima lagi mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan itu.
“Kini telah mengenal pasti lokasi mangsa yang terperangkap dengan bantuan kontraktor dan pekerja-pekerja lain yang selamat,” katanya yang ditemui pemberita di tempat kejadian.
Antara yang terlibat dalam operasi mencari dan penyelamat ialah 50 anggota polis, bomba (30), Pasukan Mencari dan Menyelamat (Smart) (15), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) (30) dan Rela (30), katanya.
Arjunaidi berkata struktur bangunan yang runtuh itu adalah satu pertiga dari keseluruhan bangunan yang berkeluasan 6,400 meter persegi meliputi bangunan 10 tingkat yang bersambung dengan bangunan lima tingkat.
Arjunaidi berkata pihak bomba menggunakan “skylift” untuk membuat penilaian mengenai tahap keselamatan struktur bangunan yang runtuh itu bagi membolehkan pasukan penyelamat untuk memasuki tapak runtuhan.
Mayat pertama yang dikenali sebagai Maskor, 28, dikeluarkan dari tapak runtuhan kira-kira 6.50 petang manakala mayat kedua yang masih belum diketahui identitinya dikeluarkan pukul 10.20 malam.
Mayat kedua itu sukar dikenal pasti identitinya berikutan keadaan mayat yang hampir hancur akibat dihempap batu konkrit.
Timbalan Pengarah Iktisas Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Jamiyah Hassan berkata keadaan dua mangsa yang cedera yang dirawat di pusat perubatan itu kini stabil.
Mangsa yang cedera itu adalah abang kepada Maskor yang dikenali sebagai Suryano, 32, dan seorang rakan sekerja yang dikenali sebagai Sale, 48.
Dr Jamiyah berkata seramai 45 anggota paramedik dari tiga buah hospital iaitu PPUM, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur berada di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan perubatan.
Arjunaidi berkata insiden itu bagaimanapun tidak mendatangkan bahaya kepada kawasan perumahan berhampiran.
Tinjauan mendapati penduduk di kawasan perumahan sekitar masih berada di kediaman masing-masing.
Laluan di hadapan bangunan runtuh itu ditutup pada lalulintas bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan manakala jalanjalan lain di kawasan Seksyen 14 dibuka seperti biasa serta aliran trafiknya terkawal.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Penglima Lajim Ukim berkata siasatan awal mendapati bangunan itu runtuh dipercayai berpunca dari lebihan muatan jentera berat yang digunakan bagi kerjakerja merobohkan bangunan itu.
Seorang saksi, Syed Mohammad Aidid Syed Ahmad Aidid, 41, berkata beliau mendengar satu dentuman kuat seperti guruh ketika kejadian itu berlaku.
“Bangunan itu betul-betul di sebelah kiri saya. Saya nampak habuk. Batu-batu jatuh di atas kereta saya macam hujan batu,” katanya.
Syed Mohammad Aidid berkata beliau baru meninggalkan bangunan Digital Mall yang terletak bersebelahan bangunan yang runtuh itu untuk ke pejabatnya di Phileo Damansara.
“Di hadapan saya ketika itu terdapat sebuah kereta Proton dan seorang perempuan sedang melalui kawasan itu. Namun semua mereka sempat menyelamatkan diri. Saya pula terus pecut, bagaimanapun kereta saya di bahagian kiri dan atas kemek. Waktu itu saya rasa amat takut dan sempat berdoa agar tidak ditimpa sebarang kejadian buruk,” katanya. -BERNAMA

IPOH (28.5.09): Majlis berbuka puasa sebagai penutup program Puasa Sunat / Mogok Lapar anjuran Pakatan Rakyat untuk menuntut demokrasi dikembalikan di Perak telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Perhubungan Negeri Perak sebentar tadi.
Antara yang hadir adalah DS Nizar Jamaludin, Ust Ahmad Awang, Ngeh Koo Ham, Drs Khalil Idham Lim, Adun-adun Pakatan dan juga pimpinan parti.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah melapangkan masa bersama-sama isteri untuk hadir bagi menyatakan sokongan beliau terhadap tuntutan Pakatan dan rakyat Perak agar dun dibubarkan.







Inilah Wajah Sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri
Posted by Skuad Dun Batu CavesInilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Wajah Sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri
Inilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Gambar yang disairkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 28 Mei 2009 menunjukkan muka beliau dari bahagian tepi kiri.
Azilah, 33. bersama rakannya, Koperal Sirul Azhar Umar, 37, di hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 April lalu apabila didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya.
Sebelum ini kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik dan penasihat kanan Perdana Menteri Najib Razak itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
Azilah dan Sirul Azhar telahpun memfailkan notis rayuan beberapa hari setelah keputusan Mahkamah Tinggi.
Perbicaraan mereka mencatat beberapa rekod termasuk tempoh perbicaraan paling panjang membabitkan sejumlah 84 saksi.
Azilah direman di Penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar selama 895 hari.
http://www.tvantara.com
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai.Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.
Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu.
Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.
SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jumaat lalu.
TAPI SATULAH TEMAN BOLEH PUJI HANG NI...HANG LEBIH BERANI DARI ZAHID. TAPI TULAH...BERANI TAPI TAK CERDIK NAK BUAT APA?!!
Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan Ke Negara Jiran
Posted by Skuad Dun Batu Caves![]() |
Pakatan Rakyat yakin rakyat akan memberi kemenangan kepada calonnya, Dr Mansor Othman walaupun Umno dan Barisan Nasional secara berselindung memberi sokongan kepada calon Bebas dan melakukan cubaan untuk membawa lari pengundi pada hari pengundian Ahad nanti. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa ia mampu mengurus tadbir negara dengan lebih baik, telus dan lebih bertanggungjawab daripada BN. " Umumnya kata Umno tidak bertanding, tetapi sebenarnya dia bertanding melalui proksi. Kita baca media perdana dan nampak sokongan mereka kepada calon Bebas. Saya beritahu Umno jangan selindung balik calon Bebas, patut turun di Penanti dan lawan" Kata Datuk seri Anwar. " Habis dah semua taktik, semua peruntukan, dan kali ini mereka siapkan bas untuk bawa pengundi ke Padang Besar pada hari mengundi nanti. saya cadangkan saudara-saudara naik bas tu selepas mengundi, bila lagi depa nak bagi bas percuma." Tambahnya lagi. Datuk Seri Anwar menyeru Umno-BN supaya jangan bermain politik dan tumpu perhatian kepada usaha menyelamatkan ekonomi Malaysia yang menguncup 6.2 peratus pada suku pertama 2009 yang menjadi petanda buruk bahawa kemelesetan ketara ekonomi sudah bermula. " Saya nak nasihat Dato Sri Najib, supaya jangan bertanding di Manik Urai, jaga masalah ekonomi, dan beri laluan mudah kepada Pas. Tetapi kalau dia bertanding juga, saya yakin pemimpin Umno yang diletakkan akan tumbang juga. Saya nak beritahu pada tuan guru Nik Aziz, selesai saja pilihanraya Penanti, kita akan turun berduyun-duyun di Manik Urai. " Ujarnya lagi. |

Saya tidak mempersoalkan benar atau tidak kenyataan di atas. Yang saya nak tanya kepada Ezam, siapa yang berkali-kali merayu-rayu agar diberikan kawasan balak di Kelantan tetapi tak dapat-dapat? Nasib baik tak dapat. Kalau dapat, buat sendiri atau suruh taukeh buat? Kalau dapat, adakah hanya kutip komisyen sahaja?
Kalau dapat, sebab apa dapat? Dapat kerana memang layak dapat atau kerana ada hubungan dengan orang yang dirayu supaya memberikan kawasan balak?
Saya tak pertikaikan benar atau tidak ayat di atas. Saya tak ada bukti untuk menyatakan kenyataan itu benar atau tidak. Tetapi, kutu cikai bernama Ezam perlu tahu bahawa ayat tersebut tidak layak disebut oleh sesiapa sahaja yang berkali-kali merayu-rayu agar diberikan kawasan balak di Kelantan tetapi tak dapat-dapat.
Aku boleh sebut ayat di atas, kutu cikai oi! Daun balak atau ranting balak pun aku tak pernah minta di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Na'uzubiLlah aku jadi penagih balak yang kemudian berkelahi dengan sesiapa sahaja yang menghalang ketagihan balaknya.
Berita berkaitan:
Rasuah ada dalam semua parti politik
Sinar Harian (27/5/09): Bekas Pengerusi dan Pengasas Gerak, Ezam Mohd Nor menegaskan semua parti politik yang berkuasa di negara ini mengamalkan rasuah.
Menurutnya, perkara ini sememangnya ada dalam sesebuah parti politik, tetapi ia tidak didedahkan dan diakui sesetengah parti.
"Persoalannya di sini, rasuah hanya dilihat dalam kalangan ahli UMNO memandangkan parti ini telah mentadbir negara lebih 50 tahun.
"Oleh sebab itu tuduhan hanya terhadap UMNO sahaja bukanya parti lain," katanya.
Ezam berkata, walaupun pemimpin UMNO terlibat dengan rasuah, namun parti terbesar itu mengakui kelemahan dan bersedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, dari sudut sejarah, rasuah telah berlaku sejak 70-an di Kelantan yang diterajui oleh kerajaan Pas yang mengagihkan pembahagian hasil balak dan perkara terbabit diketahui umum.
"Dalam konteks ini, kita dapat lihat UMNO lebih bersikap terbuka dengan mengakui adanya mainan rasuah dalam parti, tetapi parti Islam lain cuba melindungi kononnya parti mereka sempurna.
"Pada dasarnya Islam itu sempurna tetapi parti belum tentu. Saya rasa dalam hal ini mereka takut mengakuinya kerana ia akan melambangkan kelemahan parti itu sendiri," katanya.
Menurutnya, sejak wujudny:a SPRM, banyak kes melibatkan rasuah dalam kalangan pemimpin dapat diselesaikan menerusi pemantauan pemerhatian kerana kebanyakan panel yang dilantik luar dari pengaruh politik.
"Kita dapat lihat kes rasuah hanya dapat diselesaikan dalam masa dua minggu membuktikan adanya tindakan cekap dan pantas dari SPRM," katanya.
Ditanya mengenai tahap kebimbangan masyarakat terhadap UMNO yang mengamalkan rasuah, beliau berkata, masyarakat harus faham secara semula jadi mengenai teori rasuah dan kuasa.
"Ini kerana rasuah wujud apabila adanya kuasa, UMNO berkuasa secara semula jadinya, tetapi ia sebenarnya tidak seburuk yang digembar-gemburkan. Kita akui kekuatan dan cuba memperbaiki kelemahan ke arah lebih baik," katanya.
Sementara itu, Ezam turut menasihatkan pemimpin agar mereka jujur dalam menjalankan tanggung jawab supaya amalan rasuah dapat dihindari.
ORANG AWAM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MB SELANGOR - melayau
Seorang peniaga hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim ekoran kenyataannya menyokong tindakan pihak tertentu mengadakan perhimpunan haram di negara ini.
Azwanddin Hamzah, 36, dari Ampang dekat sini, membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini kira-kira 4.30 petang tadi.
Katanya beliau rasa terpanggil untuk membuat laporan polis itu berikutan perhimpunan haram boleh menjejaskan ketenteraman awam.
KAH KAH KAH….KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..
kah kah kah… PUKRAK MANA NI…kah kah kah..
kah kah kah… ORANG AWAM MANA NI… kah kah kah…
kah kah kah… INI LEMBU MAT EZAM LAAA... kah kah kah..
kah kah kah… LEMBU YANG BERGERAK GERAK…kah kah kah..
kah kah kah… SEORANG PENIAGA… kah kah kah… MENIAGA APA?...kah kah kah..
woit…MAWI APA CERIATA…. LAK LOK LAGI KE?..... kah kah kah..
EKONOMI NEGARA MENGUNCUP 6.2 PERATUS - melayau
Ekonomi Malaysia menguncup 6.2 peratus bagi suku pertama tahun ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. –
KAH KAH KAH …KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH KAH…
woit… BERAK LAAA OOOOi… KAH KAH KAH..
woit … SIAPA CAKAP: OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…kah kah kah
woit…. SIAPA CAKAP: OUR FUNDUMENTALS IS STRONG.. kah kah kah
kah kah kah… ISTERI SIAPA BUAT KENYATAAN INI?.... kah kah kah…
PASAL INI KE EKONOMI KUNCUP
GEMPA 5.8 RICHTER GEGAS TAIWAN
Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan selatan Taiwan hari ini tetapi tiada laporan segera mengenai kemalangan jiawa atau kerosakan.
Pusat gempa pada 2227 GMT itu ialah 124 kilometer (km) di tenggara Kaohsiung dan pada kedalaman 78 km, kata Biro Cuaca Sentral dalam satu kenyataan.
kah kah kah … ADA ORANG BERJOGGING KE ?... kah kah kah
KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…



















