MALAYSIAKINI - Calon PKR yang tewas, Datuk
Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.
Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.
“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.
“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”
Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno – Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.
“Saya bukan kaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.
“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

3 comments:
Bila kalah ,malam tur balik dari HS tak tentu arah kita di buatnya.
1001 satu kekecewaan melanda hati,saolah olah itu pengakhiran perjuangan.
Tapi hari ini kita lihat Hikmahnya.,
"Zaid Akan Fail Petisyen Pilihan Raya"
Ini peluang terbaik bagi kita membuktikan,segala kedurjanaan UMNO(BN)dalam mengekalkan kuasa mereka.
W/pon keputusan itu belum pasti memihak kepada Kita(PR)tapi sekurang kurang nya,mereka sedar dan rakyat di beri pelajaran/pengatahuan apa yg.sepatut nya berlaku atau di lakukan dalam memilih Kerajaan yang bole menjamin masa depan rakyat nya.
Insyaalah.
Kalau sebelum nie bila kita menang kita hepi.,dgn 1001 kenagngan manis dan kita hampir lupa.,dan mmembiarkan masa berlalu begitu saja.
sokong zaid.
memang kerja zaid.......
Catat Ulasan