9:14:00 PG

PAK LAH MENYALAH GUNAKAN KUASA EKSEKUTIF - REF MALAYSIAKINI

Posted by Skuad Dun Batu Caves

P99Ampang - Berhubung sidang media tergempar parlimen yang di jadual 23 September bagi mengusulkan undi tidak percaya Abdullah Badawi mula ketakutan dan menganggap ia tidak perlu diadakan. Alasan beliau Dewan Rakyat akan bersidang tidak lama lagi yang dijadual bersidang 13 Oktober ini.

Beliau juga meniyfatkan tiada sebab perlunya diadakan sidang khas Parlimen kerana Dewan Rakyat akan mula bersidang selepas Aidilfitri.Namun Anwar membidas dimana ia tidak boleh ditangguhkan lagi kerana majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

Beliau juga menambah "Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya. Jelas tindakan Perdana Menteri yang begitu banyak berdalik mula gusar dengan kedudukan beliau yang kian rapuh kini rakyat sudah boleh kelihatan jelas sifat sebenar Perdana Menteri Malaysia.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya."

Menurut Anwar Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa. Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.

Anwar juga mengulas jika Abdullah berani kenapa perlu gusar unuk mengadakan pertemuan tersebut ? Menurut beliau nama kesemua Ahli Parlimen boleh di berikan namun kesemua Ahli Parlimen tersebut memohon untuk merahsiakannya dulu kerana takut terhadap keselamatan mereka. Anwar juga memberitahu di mana jika apa yang di wawarkan Perdana Menteri berkenaan omongan kosong beliau, Anwar menggesa supaya adakan pertemuan tersebut dahulu.

Jika apa yang di katakannya bohong anggap sahaja pertemuan itu satu gimik namun kita komited dan mahu peralihan ini di lakukan secara aman mengikut lunas dan perlembagaan negara. Ketika ceramah ringkas beliau di Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal anjuran ketua wanita keadilan Puan Zuraida Kamaruddin.

0 comments: