
Tetapi Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy menegaskan tentang perlunya parti-parti di dalam Pakatan Rakyat mengukuhkan persefahaman jika ingin berjaya.
"Jika kita gagal untuk bekerja dan bertindak secara bersama untuk mengalahkan Barisan Nasional di dalam pilihanraya akan datang (2012) hasrat untuk melihat Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dari BN tidak akan kesampaian malah saya meramalkan perpecahan dan kehancuran akan mnenimpa parti itu," katanya yang kini berada di London.
Akar umbi Hindraf katanya memang ada rasa kecewa dengan calon yang dipilih, namun beliau mengakui ia adalah hak Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamakan calon yang dipilihnya dan beliau berharap pada masa akan datang rundingan dilakukan untuk mengelak kekeliruan.
"Hindraf mengetahui penyokong-penyokong kami kecewa mengenai calon Bukit Selambau yang tidak ditawarkan kepada mana-mana lima calon yang telah dicadangkan tetapi kami meminta penyokong kami untuk memberikan fokus dan bertenang," katanya di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Seramai 15 calon bertanding di kerusi N25 Bukit Selambau Kedah. Calon yang menang bagi PR akan memperolehi jaminan jawatan exco.
Waytha Moorthy menambah Penyelaras Hindraf Kebangsaan R.S. Tanendran telah mengesahkan "kebanyakan kenyataannya telah dipesongkan dan dimanipulasikan oleh media massa arus perdana untuk menggambarkan Hindraf tidak menyokong Pakatan untuk menimbulkan keraguan dan kaetakutan di kalangan penyokong".
"Musuh kita bersama ialah tidak lain Barisan Nasional," katanya, dan mnjelaskan Hindraf juga menyokong calon PR untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang.
http://greenboc.blogspot.com
- KONVENSYEN USAHAWAN PERDANA
- Dua Adun PR ke SPRM Esok, SPRM Sekali Lagi Diperkuda
- JEMPUTAN UNTUK SEMUA- malaysiakini
- Tahniah, Bekas Adun PKR dibebaskan - kat dunia je lar.
- TERKINI - YB Amirudin dan YB Mat Shuhaimi diarah ke SPRM esok
- aku terkejut dengan laporan terkini dari utusan online- ref malaysiakini
- Al-Fatihah: Ustaz Hassan Syukri Kembali Ke Rahmatullah
- Zaid Akan Fail Petisyen Pilihan Raya
- Mahathir kembali sertai Umno, serah borang pada najib- malaysiakini
- BUKIT SELAMBAU : Hindraf Tetap Sokong Pakatan Rakyat
The Latest
Blog Widgets
A Text Widget
ADMIN - Untuk Paparan laman terbaik sila gunakan pelayar Mozilla Firefox
Menyertai SKUAD
Berminat menyertai Skuad Sila Klik Hubungi atau email kami di skuaddunbatucaves@
yahoo.com
yahoo.com
Pautan Pilihan
Terima Kasih pada yang sudi melayari laman Skuad Dun Batu Caves.
Download
Pengikut
Blog Archive
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan