PULAU PINANG, 18 Sept (Bernama) --Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan mendapat maklum balas positif dan diterima baik oleh komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa.
Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pelantikan itu memberi kesan positif kepada ekonomi negara dan mampu menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.
"Ia akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara kerana pelabur yakin dan nampak dengan kebolehan beliau (Najib). Pelantikan itu juga memberi kesan yang baik kepada pasaran modal negara.
"Saya fikir pelantikan ini kena pada masanya memandangkan Datuk Seri Najib sendiri mempunyai pengalaman yang luas sejak beliau menjadi menteri Kabinet lagi dan kita juga tahu beliau banyak memberi cadangan berkaitan ekonomi dan kewangan terutama dalam mesyuarat Kabinet dan komuniti pelabur," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Wisma Yatim di sini malam ini. Turut hadir pada majlis itu adalah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada timbalannya, Najib berkuat kuasa serta-merta sebagai sebahagian daripada proses peralihan kuasa yang dipersetujui pada 2010.
Berkuat kuasa serta-merta juga, Abdullah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.
Nor Mohamed yakin dalam keadaan ekonomi global yang mencabar ini, Timbalan Perdana Menteri dapat menghadapi dan mengatasi cabaran serta membantu Abdullah untuk membawa Malaysia ke era yang gemilang dalam semua segi terutama daripada segi kewangan dan ekonomi.
"Peranan saya masih sama iaitu Menteri Kewangan Kedua dan tiada perubahan apa-apa. Saya juga akan bantu Najib seperti mana saya bantu Perdana Menteri sebelum ini," katanya.-PERISIKRAKYAT
TP - Manyak hailan... lapat sokongan tapi itu BSKL dalam dali mula yual beli sampai tutup ada tuloooooonnn saja... apa pasai ah? itu kita panggey "positive" ka?... aiyoh... ini negala sula gila la...
- KONVENSYEN USAHAWAN PERDANA
- JEMPUTAN UNTUK SEMUA- malaysiakini
- Mahathir kembali sertai Umno, serah borang pada najib- malaysiakini
- Meriahnya Bukit Selambau- ref malaysiakini
- Dua Adun PR ke SPRM Esok, SPRM Sekali Lagi Diperkuda
- Lima ditahan polis di hospital UM
- BUKIT SELAMBAU : Hindraf Tetap Sokong Pakatan Rakyat
- aku terkejut dengan laporan terkini dari utusan online- ref malaysiakini
- Buku isu foto intim Eli diedar di Bukit Gantang- malaysiakini
- Suara Keamanan ganti Suara Keadilan - ref malaysiakini
The Latest
Blog Widgets
A Text Widget
ADMIN - Untuk Paparan laman terbaik sila gunakan pelayar Mozilla Firefox
Menyertai SKUAD
Berminat menyertai Skuad Sila Klik Hubungi atau email kami di skuaddunbatucaves@
yahoo.com
yahoo.com
Pautan Pilihan
Terima Kasih pada yang sudi melayari laman Skuad Dun Batu Caves.
Download
Pengikut
Blog Archive
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan