
28 September 08, Ahad - Program perasmian poster gergasi Dato' Seri Anwar Ibrahim
Batu caves 28sept: satu poster gergasi pertama dimalaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh Y.B Amiruddin saari (ADUN batu caves), Y.B manikavasagam (MP KAPAR), Y.B Sivarasah (MP SUBANG) dan Y.B William Leong (M.P SELAYANG)selaku tetamu kehormat majlis ini.
poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini. Skuad dun batu caves juga merupakan penganjur bersama program ini amat berbesar hati dengan kehadiran dan sokongan diluar jangkaan dari pada pendokong dan pencinta reformasi khasnya warga dun batu caves.
Tempoh untuk menyiapkan lukisan ini mengambil lebih kurang 8 hari dan mulai semalam semua petugas yang ditugaskan memulakan operasi pemasangan papan ini dan siap sepenuhnya pada hari ini jam 4:00 petang.perasmian dijalankan tepat jam 5:15 petang.Diketika media arus perdana memainkan propaganda mengenai perkauman... lain pula cerita di dun batu caves ini... Apa yang cukup membanggakan ialah petugas yang terdiri dari kaum melayu,india dan tidak ketinggalan juga cina berganding bahu bersama sama dalam memastikan replika ini tersergam indah... yang pastinya akan membuat 'pihak tertentu' cemburu melihat situasi ini... syabas buat seluruh petugas dan skuad dun batu caves yang merealisasikan impian yang terpendam begitu lama ini.
Syabas juga buat sdr viriya Appu Yang mengambil inisiatif untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. syabas dun batu caves!!! kini seluruh malaysia memerhatikan dun batu caves!
Klik di sini - Penjelasan poster gergasi DSAIBatu caves 28sept: satu poster gergasi pertama dimalaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh Y.B Amiruddin saari (ADUN batu caves), Y.B manikavasagam (MP KAPAR), Y.B Sivarasah (MP SUBANG) dan Y.B William Leong (M.P SELAYANG)selaku tetamu kehormat majlis ini.
poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini. Skuad dun batu caves juga merupakan penganjur bersama program ini amat berbesar hati dengan kehadiran dan sokongan diluar jangkaan dari pada pendokong dan pencinta reformasi khasnya warga dun batu caves.
Tempoh untuk menyiapkan lukisan ini mengambil lebih kurang 8 hari dan mulai semalam semua petugas yang ditugaskan memulakan operasi pemasangan papan ini dan siap sepenuhnya pada hari ini jam 4:00 petang.perasmian dijalankan tepat jam 5:15 petang.Diketika media arus perdana memainkan propaganda mengenai perkauman... lain pula cerita di dun batu caves ini... Apa yang cukup membanggakan ialah petugas yang terdiri dari kaum melayu,india dan tidak ketinggalan juga cina berganding bahu bersama sama dalam memastikan replika ini tersergam indah... yang pastinya akan membuat 'pihak tertentu' cemburu melihat situasi ini... syabas buat seluruh petugas dan skuad dun batu caves yang merealisasikan impian yang terpendam begitu lama ini.
Syabas juga buat sdr viriya Appu Yang mengambil inisiatif untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. syabas dun batu caves!!! kini seluruh malaysia memerhatikan dun batu caves!


22 comments:
tahniahlah buat replika utk dato seri...lagi elok duit rm5000 kasi kat org miskin lagi elok... lagi satu skuad dun batu caves sapa ikhtiraf? knp tak sebut skuad bahagian gombak? dun batu caves ni dalam parlimen mana? bahagian mana... sorry terpaksa tegur.. ikut saluran bahagian... bahagian gombak ada jawatankuasa amk... dan skuad adalah sayap kanan amk... pls jgn guna nama dun lagi ok... supaya tak nampak struktur parti dan bahagian berterabur...
ikhlas dari exco amk gombak...(razali)
selamat hari raya edil fitr salam reformasi
perbincangan di TKO
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33943&postdays=0&postorder=asc&start=0
rata2 kurang senang dgn replika ini
bodohnye korang ni..kan haram dalam ISLAM letak replika camni..patut laa seks haram kira sedekah....bangang..
Fuh dasat, Che Det yang banyak berjasa pun takder Replika akka berhala macam nie. Dah macam kat Rusia laks rasanya.
Lagi satu apa kata PAS laks nanti -adakah mereka akan berdiam diri. Dulu Che Det buat patung helang kat Langkawi pun kena belasah kaw-2 inikan pulak replika manusia.
YEeeeahhh .. mari sembah DSAI .... huahhaha .... dah nak jadik kafir pulak gamaknye AMK batu cave nih ...
aku tak faham apa masalah korang sampai mcm nie.
salam perjuangan dan salam reformasi
Walauapaun anggapan kita pada replica ini,saya ingin menyatakan sesungguhnya kalau kita berniat menjadikan kan ia patung maka jadilah patung,Klau nak menjadikan patung deperbuat dari batu atau tanah ,tengok2lah kat tugu peringatan ?untuk pengetahuan kami tak pakai duit parti atau amk tapi kami pakai duit Sendiri....
Abg Ketua.
Sayang ilmu tinngi tapi cetek dlm pemikiran,Sesungguhnya Kalau nak kata bersembahkan patung,Ramai juga yang menyembah batu kalau x faham dalam bersolat..saya tak nak cerita panjang panjang ,yang penting kefahaman dalam ilmu ,kalau orang yang berikhtikat patung maka patunglah jadinya....
Salam
pade mereka yg tak pueh ati tu.. silakan datang ke simpang tiga kat wisma keringat, batu caves tur.., same je macam poster ngan papan iklan kat luar tu. Mentang-mentang replika ni kat kawasan batu caves, memacam korang cakap ye. lagi satu buat replika ni pakai duit org persendiriankan, biaq pi la duit dia bukan duit mak ayah hangpa pun. lain kali tak tau crite jgn hentam jer. pegi beli surat khabar ... baca pasal perasmian ni.
exco amk gombak tu macam kenal jer...
knapa.. ape yg ko tak pueh hati ngan skuad ni.
selamat hari raya, maaf zahir batin.
Ni satu lagi mankuk tinkat.. mesti taliban punya org. bila satu poster keras berbentuk penghargaan di samakan dengan patung berhala aku dah tak tau nak explain ape dah. sabau je la.. baik aku borak dgn budak darjah nam, lagi baik.
Apapun silalah dtg rumah beraya.. alamat cari sindri.
Alamatnya mat-mat kaki ekor mesti pergi kat berhala tu.. mintak nombor ekor...melayu PkR dok agong-agong pemimpin sampai ketahap gila camni..orang kata ape..GILA MEROYAN..Malu lah kat umat-umat Islam kat Malaysia nihh..tambah-tambah kat budak-budak sekolah..dan tadika..dan bayi yg baru lahir..insaflah..kembalilah kepangkal jalan...
errr..Patung RPK tak wat skali kerr..baru masyhuk...
Taliban ape plak?ni keje blok timur (baca ussr).belum memerintah federal lagi.lain kali kalau org tegur, terima.banyak lagi benda lain boleh buat.tak kira la duit sendiri ke duit sape.benda x masuk akal ni patut ditegur.sebab korang bkn umno x leh tegur ke.blum jadi krajaan pusat dah belagak.hampas klapa
harap maklum skuad amk,
apa makna replika DSAI ini.adakah skuad amk rujuk dulu dengan orang beragama.jangan terlalu fanatik sangat.suara orang PAS perlu diambil perhatian sekiranya dun batu caves ingin kekal dibawah pakatan rakyat pada PRU 13 nanti.
heran aku orang melayu sekarang ni,
aku ni tak pandai agama tapi proses berhala di sembah bermula buat gambar letak kat rumah dulu dah lama sikit buat tugu dan akhirnya sembah.
kalau pengarang buku agama islam tu tipu,tipu la komen aku ni.
jangan ujub sangat,tanya la dengan orang lebih tahu
dah kena tipu dengan 16 september lagi nak buat gambar besar macam tu ke?
kita lepak sengsorang satu tempat,isap rokok sebatang pastu pikir,BETUL KE APA YANG AKU BUAT NI
tahniah,
setuju sangat dgn binaan tersebut. Harap lebih banyak patung begini dibuat dan jangan lupa tokoh-tokoh Dap dan Pas.
MasyaAllah...
Apa nak jd dgn korg ni. Walau apapun alasannya, replika ni x blh dibuat. Walau bkn utk disembah sekalipun tp pasti ada yg akan menjadikannya sbg sanjungan. Korg sendiri pun jadikan replika tu sbg semangat. Sanjungan la namanya tu.
Politik, politik jg. Agama jgn diletak ke tepi. Allah dah kurniakan akal & ilmu, pergunakanlah dgn sebaiknya. Jadilah manusia, jgn jd benda lain pulak...
Kebodohan yang semakin melantun-lantun.
Aku makin tak paham.
Dan tak teringin pun nak memahami.
tahniah, mmg kena dgn asas perjuangan Anwar Ibrahim, yakni semata2 nak menaikkan diri dia saja. Tak penah langsung Tuhan suruh buat benda replika besar gajah mcm ni. Nak tunjukkan asas perjuangan? Apa salahnya logo Keadilan saja diletakkan, kenapa nak ada statue besar macam berhala mcm ni? Dah kemaruk mencapub nak mampos ke Anwar Ibrahim oi?
Takde beza langsung Anwar dengan Abdullah Badawi, dua2 sama saja nak suruh semua org menyembah.
niat elok, cara tak kena ..
tapi kalau yang buat, dan guna duit hindu batu caves, itu lantak la ..atau pakat kumpul duit riba dari akaun bank masing-masing..entahla ..
cuma memang asal patung dari lukisan ..demikianlah bermulanya sejarah berhala ..
walau apa pun, memang tak kena ..bab gambar ada jugak ulama beri kelonggaran, terutama gambar untuk IC dan passport ..tapi bab replika ni, lain sikit ..
setidak-tidaknya minta la pendapat ust badrol amin dulu...
ini bukan pasal guna duit siapa atau apa. Ini pasal replika patung manusia. Sama aje kat tugu peringatan negara. Beza cuma bahan buatannya... Yang suka buat patung2 ini tentulah dari bukan Islam. Kita pun nak ikut mereka buat patung ke?
Catat Ulasan