12:32:00 PG

Makin gila dah diorang ni - MALAYSIAKINI

Posted by Skuad Dun Batu Caves

MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.

Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. - bhairan

- Ni satu lagi keje giler . Akal tadak ka.. da takde org lain nak bagi gelaran datuk agaknya.. persoalannya apa dia buat tuk negara ni??? !!!!

skdbc: aku nak ingatkan sikit la shahrukhkhan ni pernah kata: " menyesal dilahirkan sebagai islam"... bini dia pun bukan islam.. orang macam ni ker diorang nak puja puja... hahahaha?


8 comments:

Mr Joker berkata...

salam... meh sini "blogger yang sibuk pasal gambar dsai" nak jawab...

untuk pengetahuan SDBC dan semua pembaca, artikel ini diambil dari blog AKU tanpa disertakan sekali komen aku pada bahagian bawah artikel ini. boleh rujuk dekat sini - http://www.perisik-rakyat.com/2008/10/shah-rukh-khan-terima-gelaran-datuk.html

artikel dipublish pada jam 3:31 petang sejurus selepas berita asal dikeluarkan di berita harian online.

anda mengambil artikel artikel asal dari blog saya tetapi tidak "disekalikan" dengan komen aku dibawah.(aku perasan artikel ni diambil dari blog aku walaupun tajuknya diubah sebab aku tak ambil semua berita dari berita harian online & "gambar" SRK pada artikel ini juga adalah dari koleksi simpanan aku.)

kenapa ini berlaku?

harap pihak blogmaster SDBC lebih profesional didalam menyuarakan pendapat anda.

tembak biar kene tepat, jangan sipi2...

salam perjuangan.

Hasbullah Pit berkata...

Aku pun "blogger yang sibuk pasal gambar dsai"

Aku soal balik
Bila Masa Pula PAS Melaka, Selangor, Perak Kurniakan Datuk Pada Shahrukh Khan?

SDBC berkata...

hai ada lagi mamat 2 sekawan nie..

Anak Reformasi berkata...

Salam. Harap Topeng Perak dan Skuad Batu Caves dah saling bermaafan atas ketelanjuran bicara dan silap paham.

Saya juga harap Skuad Batu Caves letak link Perisik Rakyat sekiranya memang dah ada mengambil berita daripadanya....

Tiada manusia buat salah, setiap masalah, ada penyelesaiannya.

Thanks.

- AR

Tanpa Nama berkata...

kepada topeng perak... setahu aku blog perisik rakyat (iaitu kau sendirilah..) dah umumkan yang segala posting dalam blog tu tiada hak cipta... ni apa pulak yang kau dok tuduh diorang ciplak berita kau... aku rasa berita diorang dari berita harian... yang gambar tu .. kau yang direct tangkap ker ? bila masa shah rukh khan posing depan kau? kAu tak malu ker nak mengaku itu kau punya gambar? hahahah pelik pelik... aku cadangkan kau pu diberikan pangkat datuk lah pasal pandai putar belit macam mat pit poyo tu...

Mr Joker berkata...

Nenekshahrukhkhan - bukan persoal tentang "hakcipta" atau "hak ciplak" tapi persoalkan perbuatan tidak profesional "ambik sebahagian" sahaja... itu amalan media "perdana" UMNO/BN...

ambik sekerat, tanpa komen asal, kemudian persoalkan perkara yang telah dikomen...

Profesional kah itu?

ramai lagi yang ambil artikel dr blog perisik rakyat & aku x pernah persoal, tapi bila kejadian macam ni berlaku & ada pulak "sindiran" ala-ala ke'anak-anak'an...

perlu ke?

Tanpa Nama berkata...

udah udah la tu..bawak bertenang semua .. kenapa semua nak berkelahi cam ni walaupun kita dibawah satu bumbung??? sudah la... jangan ada sifat ungkit mengungkit.. dah habis tu habis... cukup la setakat ni.. pembaca basan la korang ni dok bertekak!!

Faizal Riduan berkata...

Tuan,

Sampai saat ini walaupun saya telah menulis artikel khas bertajuk “Tahniah Datuk Shah Rukh Khan” saya masih tidak percaya berita yang saya dengar dari media perdana tanah air. Saya masih tidak berhenti berharap agar Bernama mengeluarkan “Ralat” kerana tersalah lapor ataupun tersalah tulis “Nasir Bilal Khan” sebagai “Shah Rukh Khan”.