perisik rakyat
- UMNO Bahagian Cheras akan menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Isnin ini bagi memohon perkenan dan merayu kepada Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya menggunakan budi bicara baginda untuk mengadakan satu mesyuarat khas.
- Antara lain mesyuarat khas itu untuk meminta perkenan Tuanku Mizan membincangkan hal-hal berkaitan kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu yang kini diperlekeh dan dihina oleh sesetengah pihak bagi kepentingan mereka.
- Ketuanya, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, selain itu sekurang-kurangnya tiga lagi perkara akan diusulkan untuk menyatakan ikrar mempertahankan Raja-raja Melayu daripada golongan penderhaka.
- "Memorandum ini berikutan kekecewaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang digambarkan melalui kenyataannya semalam. Kebiasaannya seseorang Sultan jarang mengeluarkan kenyataan.
- "Jelas betapa murka dan kecewanya sehingga mendesak baginda berbuat demikian (keluarkan kenyataan). Saya yakin Sultan Perak sudah tentu lebih terguris," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Taat Setia yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.
Antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat khas tersebut selain dari yang disyorkan diatas ialah supaya pihak Raja-Raja Melayu membincangkan -
- Bentuk tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.
- Bentuk tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.
- Bentuk tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu.
- Bentuk tindakan undang-undang terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.
Ada sape-sape teringat perkataan "Natang"? Ada sape-sape teringat krisis Raja-Raja Melayu dizaman TDM dulu?
Siapa pelopornya yang membugelkan Raja-Raja Melayu ketika tu? Pakatan Rakyat?


0 comments:
Catat Ulasan